Monday, February 15, 2016

Zine Distopia #00




Sarajevo kembali lagi dengan zine baru. Dulu beliau produktif mengeluarkan zine bernama Jiwa Seorang Loser, aku dah lupa sampai isu berapa. Agak lama menyepi dari menerbitkan zine, kini beliau tampil dengan DISTOPIA. Isu percubaan ini dilancarkan di KL Zine Fest 2015 pada bulan Disember lepas. Di dalam isu ini ada tulisan opini tentang Feminism yang dikatakan tidak bertentangan dengan agama, cerita tentang keluarga, kenangan zaman sekolah dan pengalaman bekerja dan cerita tentang Kuala Lumpur yang ada 50 shopping mall.  

Rasanya semua masih ingat peristiwa Sarajevo yang diugut rogol oleh seorang anggota polis semasa berada salam tahanan polis. Beliau ditahan oleh polis selepas himpunan anti-GST pada 1 Mei tahun lalu. Beliau direman selama empat hari di IPD Dang Wangi bersama 22 peserta himpunan yang lain. Tuduhan terhadap beliau sangat tak masuk akal iaitu ‘bahan letupan dan hakisan’. Semuanya diceritakan di sini namun tidak terperinici kerana tidak sanggup untuk diceritakan dan ada juga yang beliau mahu simpan sendiri sahaja.


Semestinya isu kali ini ada temuramah dengan Ieda Mazlan, salah seorang penggerak kolektif Makanan Bukan Periuk Api dan juga seorang editor zine dan artis yang terkenal dengan trademark ‘tumbuh bunga’nya. Disamping itu ada ulasan beberapa buku, zine dan muzik. 

Isu depan akan terbit dengan tema ‘wanita’ dan anda disaran menghantar karya anda.

Sarajevo Amira Maisara
No. 61 Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
012-2216553
zinedistopia@gmail.com

No comments:

Post a Comment